Friday, August 13, 2010

Tempat Ke-2 (Pertandingan BPmyScience)


Inilah wajah-wajah ceria guru-guru dan murid-murid yang telah bertungkus lumus menjayakan pertandingan BPmyScience. Akhirnya kejayaan di genggaman jua (Tempat kedua).Tahniah.

Hasil seni murid

Dihasilkan oleh murid-murid Tahun 4A pada 10 Ogos 2010. Mereka menggunakan bahan-bahan terbuang seperti kotak kasut dan kotak tisu bagi menghasilkan binaan seperti almari pakaian, hotel, pusat membeli belah dan juga katil.

Thursday, August 5, 2010

Kain rentang kata2 semangat untuk murid UPSR


 
Rumah Merah
Rumah Kuning
Rumah Hijau
Rumah Biru

Kain rentang kata-kata semangat untuk murid UPSR dibuat oleh guru-guru dan murid-murid mengikut rumah masing-masing.

Tuesday, August 3, 2010


PEREMPUAN SATU ANUGERAH...


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w..t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan


3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.


4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendakla­h mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a..w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Friday, July 30, 2010


Posisi tidur menurut Islam dan Sains

18 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Diriwayatkan daripada Barra2 bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...

Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)


Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidor dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:

“Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. “

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:

Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.

Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas prose
s penghadaman.

Tuesday, July 27, 2010

Kem Teknik Menjawab Soalan (2) Matematik

Kem ini dijalankan pada hari Isnin 26hb Julai 2010 bertempat di bilik mesyuarat. Semua murid Tahun 6 seramai 26 orang telah melibatkan diri dalam kem ini. Kem ini dikendalikan oleh seorang Fasilitator yang dijemput dari SK. Sura iaitu En. Mohd Hilmi Bin Mohd Zin yang berpengalaman mengajar hampir 20 tahun. Beliau banyak memberi tip-tip berguna kepada murid-murid mengenai teknik-teknik menjawab soalan matematik kertas 1 dan kertas 2. Diharap murid-murid dapat mengaplikasikan apa yang diperolehi daripada kem ini untuk menjawab soalan matematik dengan lebih baik.






Wednesday, July 14, 2010

Perkara yg diharuskan mengumpat

2 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Mengumpat adalah perkara yg dilarang melainkan pada salah satu berikut:

1. Dizalimi.
Maka harus seorang yg dizalimi mengadu kepada org yg boleh menghukum atau mengubah kezaliman yg dialami. Org yg dizalimi boleh menyebut kezaliman yg berlaku kpd org yg berkuasa.

2. Mencegah kemungkaran.

Harus minta tolong org lain dgn menyebut keburukan dan kejahatan seseorang manusia dgn tujuan untuk mengubah kemungkaran tersebut dan mengembalikannya kepada syariat Islam.

3. Minta Fatwa.
Harus seseorang itu menyebut keburukan seseorang dihadapan hakim atau org alim untk meminta fatwa atau penjelasan hukum. Ini berdasarkan kpd Hadis berikut:

Hindun bin 'utbah berkata: Sesungguhnya Abu sufyan seorang laki yg amat kedekut kerana dia tidak memberi secukupnya nafkah untk ku dan anakku. Adakah boleh aku mengambil duitnya tanpa pengetahuannya? Nabi menjawab:
(خذي ما يكفيك وولدك بالمعروف)
Maksudnya: Ambillah duitnya sekadar untk keperluanmu dan anakmu dgn baik.(HR Bukhari dan Muslim)

4. Memberi peringatan pd org Islam.
Boleh memberi peringatan pd org Islam lain dgn menyebut kejahatan seseorang yg boleh memberi kemudaratan org tersebut. Cntohnya seperti org dmnta nasihat untuk memilih jodoh, untk mengamanahkan sesuatu dan lain2.

5. Gelaran seseorang.
Jika seseorg tu terkenal dgn sesuatu gelaran yg xelok seperti pendek mk boleh menyebut nama tersebut utk mengenalinya.

6. Org yg buat jahat secara terang2.
Boleh mengumpat org tak malu buat jahat di halayak ramai.