Monday, November 1, 2010

Program Pasca UPSR

Lawatan Sambil Belajar

Tarikh : 18 Oktober 2010
Peserta : 28 orang murid dan 3 orang guru
Tempat: 1) Pusat Penetasan Penyu dan Ekosistem Marin Rantau Abang
             2) Arfa Craft Complex
             3) Muzium Negeri




Kem Didik

Bertujuan melahirkan sifat kepimpinan di dalam diri pelajar supaya menjadi insan yang cemerlang dan lebih bertanggungjawab dalam menempuh ranjau hidup yang semakin mencabar.









Sunday, September 5, 2010

Majlis Sumbangan Bantuan Hari Raya

Majlis sumbangan bantuan hari raya kepada anak-anak yatim dan murid miskin SK Paka III diadakan pada 2 September 2010. Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka untuk menyambut hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi. Di dalam majlis ini juga setiap murid SK Paka III menerima duit raya,

Thursday, August 26, 2010

Karnival Ramadhan

Karnival Ramadhan diadakan pada 26 Ogos 2010 bersamaan 16 Ramadhan 1431H. Pelbagai acara dipertandingkan iaitu Tilawah Al-Quran, hafazan, kuiz agama, laungan azan, mewarna, tulisan khat, bercerita tentang kisah-kisah nabi dan peragaan pakaian muslim dan muslimah.

Majlis berbuka puasa


Majlis berbuka puasa bagi warga SEPAKAT diadakan pada 25 Ogos 2010 bersamaan 15 Ramadhan 1431H d kantin sekolah. Majlis ini turut meraikan 12 orang anak-anak yatim. Pihak sekolah turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim tersebut.

Friday, August 13, 2010

Tempat Ke-2 (Pertandingan BPmyScience)


Inilah wajah-wajah ceria guru-guru dan murid-murid yang telah bertungkus lumus menjayakan pertandingan BPmyScience. Akhirnya kejayaan di genggaman jua (Tempat kedua).Tahniah.

Hasil seni murid

Dihasilkan oleh murid-murid Tahun 4A pada 10 Ogos 2010. Mereka menggunakan bahan-bahan terbuang seperti kotak kasut dan kotak tisu bagi menghasilkan binaan seperti almari pakaian, hotel, pusat membeli belah dan juga katil.