Friday, July 30, 2010


Posisi tidur menurut Islam dan Sains

18 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Diriwayatkan daripada Barra2 bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...

Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)


Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidor dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:

“Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. “

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:

Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.

Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas prose
s penghadaman.

Tuesday, July 27, 2010

Kem Teknik Menjawab Soalan (2) Matematik

Kem ini dijalankan pada hari Isnin 26hb Julai 2010 bertempat di bilik mesyuarat. Semua murid Tahun 6 seramai 26 orang telah melibatkan diri dalam kem ini. Kem ini dikendalikan oleh seorang Fasilitator yang dijemput dari SK. Sura iaitu En. Mohd Hilmi Bin Mohd Zin yang berpengalaman mengajar hampir 20 tahun. Beliau banyak memberi tip-tip berguna kepada murid-murid mengenai teknik-teknik menjawab soalan matematik kertas 1 dan kertas 2. Diharap murid-murid dapat mengaplikasikan apa yang diperolehi daripada kem ini untuk menjawab soalan matematik dengan lebih baik.






Wednesday, July 14, 2010

Perkara yg diharuskan mengumpat

2 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Mengumpat adalah perkara yg dilarang melainkan pada salah satu berikut:

1. Dizalimi.
Maka harus seorang yg dizalimi mengadu kepada org yg boleh menghukum atau mengubah kezaliman yg dialami. Org yg dizalimi boleh menyebut kezaliman yg berlaku kpd org yg berkuasa.

2. Mencegah kemungkaran.

Harus minta tolong org lain dgn menyebut keburukan dan kejahatan seseorang manusia dgn tujuan untuk mengubah kemungkaran tersebut dan mengembalikannya kepada syariat Islam.

3. Minta Fatwa.
Harus seseorang itu menyebut keburukan seseorang dihadapan hakim atau org alim untk meminta fatwa atau penjelasan hukum. Ini berdasarkan kpd Hadis berikut:

Hindun bin 'utbah berkata: Sesungguhnya Abu sufyan seorang laki yg amat kedekut kerana dia tidak memberi secukupnya nafkah untk ku dan anakku. Adakah boleh aku mengambil duitnya tanpa pengetahuannya? Nabi menjawab:
(خذي ما يكفيك وولدك بالمعروف)
Maksudnya: Ambillah duitnya sekadar untk keperluanmu dan anakmu dgn baik.(HR Bukhari dan Muslim)

4. Memberi peringatan pd org Islam.
Boleh memberi peringatan pd org Islam lain dgn menyebut kejahatan seseorang yg boleh memberi kemudaratan org tersebut. Cntohnya seperti org dmnta nasihat untuk memilih jodoh, untk mengamanahkan sesuatu dan lain2.

5. Gelaran seseorang.
Jika seseorg tu terkenal dgn sesuatu gelaran yg xelok seperti pendek mk boleh menyebut nama tersebut utk mengenalinya.

6. Org yg buat jahat secara terang2.
Boleh mengumpat org tak malu buat jahat di halayak ramai.

Monday, July 12, 2010

air mata palestina


DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA


Pada suatu senja yang lenggang,terlihat seorang wanita berjalan
terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia
berada dalam dukacita yang mencekam.


Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka
atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang
ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan
kepedihan yang telah meroyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musaa.s.
Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan uluk salam.Maka
terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu
lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya
berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya.Doakan
saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu
wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut."Saya takut
mengatakannya."jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!"
desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina".
Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu
meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak
itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap
wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Nabi Musa berapi-api
matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan bejad, pergi
kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana
perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata
kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu
hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk
keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan.Ia
tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mahu
dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah
menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang
olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak
tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi
Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,"Mengapa engkau menolak
seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau
tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa
apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh
itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada
Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang
nista itu?" "! Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?"
tanya Musa kian penasaran."Orang yang meninggalkan solat dengan
sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada
seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi
untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk
untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi
Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan
tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa
sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.Bererti ia
seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah
menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-
Nya.Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-
sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah
itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti
mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih
besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an,
membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam
hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat
sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan
disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh
tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari
diakhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi,
mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk
melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah. Tolong sebarkan kepada
saudara-saudara kita yang belum mengetahui. Subhanakallahumma
wabihamdika asyhadu allaa ilaaha illa anta, astaghfiruka wa
atuubuilaiik.

Wassalam

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umatyang menyeru kepada
kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang
mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (QS. Ali Imran
104:105)

Orang-Orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati
mereka.Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi
tenteram.(Ar- Rad:28)

12 Julai 2010

Cicak oh cicak

29 Rejab 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

ARab panggil wazgah, omputih kate lizard...
Hukum makannya: Tentulah haram...
Hukum bunuhnya: Sunat dan Sunnah..
Dalilnya:

1. Ummu Syarik telah berbincang dgn Nabi berkenaan dgn membunuh cicak ni..NAbi menyuruhnya membunuh cicak. (Bukhari dan MUslim)
2. Nabi s.a.w bersabda:

(أقتلوا الوزغة ولو في جوف الكعبة)
Maksudnya: Bunuhlah cicak walaupun dlm ka'bah.(HR Tobrani)

Sebab perlu dibunuh:

1. Nabi menyuruh supaya membunuh cicak dan memanggilnya sebagai Fuwaisqa (binatang kecil yg jahat). Baginda bersabda pd menyatakan sebabnya:

(كان ينفخ النار على إبراهيم)
Maksudnya: Cicak telah meniup api bg api tu besar kpd Nabi Ibrahim. (HR Bukhario dan MUslim).

2. Pahala yg banyak bg yg membunuh cicak. Nabi s.a.w brsabda:

(أن من قتلها في الأولى فله مئة حسنة وفي الثانية دون ذلك وفي الثالثة دون ذلك)
Maksudnya: Sesungguhnya sesiapa yg membunuhnya dgn sekali pukulan maka dia mendapat seratus pahala, sesiapa yg mebunhnya pd pukulan yg ke2 dia mendapat kurang cikit (70phala) dan sesiapa membunuhnya dgn 3 pukulan maka dia mendapat kurang pahala dr yg lepas.

Imam 'Izzudin bin Abd Salam telah meyatakan sebab kpd banyaknya pahala pd pukulan pertama adalah kerana ia adalah ihsan ketika membunuh binatang; kerana ia mengurangkan kesakitan binatang. Nabi bersabda:

(إذا قتلتم فأحسنوا القتلة)
Maksudnya: Bila kamu membunuh hendaklah bersikap ihsan ketika membunuh.(Muslim).

Sunday, July 11, 2010

SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ

Sambutan Isra' Mikraj pada tahun ini diadakan di dua tempat iaitu di surau dan dewan SEPAKAT. Bagi murid prasekolah, tahun 1 dan 2, mereka menyertai pertandingan mewarna. Bagi murid tahun 3, 4, 5 dan 6 pula, mereka disajikan dengan ceramah Isra' Mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Fauzi.


Wednesday, July 7, 2010

PROGRAM BP MYSCIENCE


Murid-murid tahap 2 sedang menghasilkan pelbagai ciptaan dengan menggunakan bahan - bahan terbuang seperti botol minuman, kotak, daun-daun dan bunga-bunga kering dan juga kertas surat khabar. Antara ciptaan mereka ialah bidai, kotak serba guna dan bingkai gambar.Program BP MYSCIENCE dapat membentuk murid-murid menghargai alam sekitar.









PEPERIKSAAN PRAPERCUBAAN UPSR





Murid-murid Tahun 6 Arif sedang menghadapi Peperiksaan Prapercubaan UPSR. Semoga berjaya mencapai keputusan cemerlang.

Sunday, July 4, 2010

Hanya ini..........

Hanya setakat ini dulu yang sempat kami siapkan dalam blog buat masa sekarang...Tak sempat laa.....Jumaat Sabtu balik kampung. Selepas ini baru kami tambah mana-mana yang kurang.

Thursday, July 1, 2010

Bengkel Laman Blog (28-30 Jun 2010)

Selama tiga hari cikgu Zatul dan cikgu Ja menghadiri Bengkel Penghasilan Laman Blog di makmal komputer SK Paka III (hari pertama) dan SK Paka II(hari kedua dan ketiga). Kami berhempas pulas memerah otak untuk 'cuba menangkap' apa yang diajarkan oleh Encik Hamzah and The Geng. Tak susah sangat dan tak senang sangat sebenarnya nak buat laman blog ni. Cuma ia memerlukan banyak masa untuk kita duduk depan komputer. Tapi apa-apa pun, akhirnya wujud jugak laman blog SK Paka III ini. Terima kasih kepada semua yang memberi tunjuk ajar. InsyaAllah blog ini akan kami 'update' sepanjang masa.